LAPORAN TERKINI JUMLAH KUTIPAN WAKAF
Kutipan Setakat 20 Julai 2016
Disimpan di dalam akaun Perbadanan Wakaf Selangor - RM 267,776.26
Disimpan di dalam akaun Maybank Surau Al-Umm - RM 645,279.38
Jumlah Keseluruhan - RM 913,055.64
JUMLAH YANG MASIH DIPERLUKAN - RM 836,944.36
PEMBINAAN FASA 1
Fasa 1 pembinaan Surau Al-Umm bermula pada 12 Mei 2016 dengan kerja-kerja merobohkan bangunan rumah sewa.
FASA 1a
Kerja-kerja merobohkan bangunan rumah sewa siap pada 31 Mei 2016.
FASA 1b
Kerja-kerja yang dirancang seterusnya ialah membuang ground beams, memusnahkan tangki septik sedia ada (2 tandas sedia ada akan ditutup secara kekal sebelum kerja ini dimulakan), membuang tanah untuk merendahkan aras tapak pembinaan sebanyak 24", dan membina tangki kumbahan serta 1 tandas sementara. Kerja dijangka bermula selepas Aidil Adha.
MAKLUMAT LAIN
Permohonan untuk Kebenaran Merancang (KM) dan Lukisan Pembinaan (BP) masih belum dibuat kerana urusan menukar status guna tanah dari kediaman kepada rumah ibadat masih belum selesai. KM dijangka akan dapat dimajukan pada September/Oktober 2016.
Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan FASA 2 (bahagian belakang surau), dijangka bermula selepas Tahun Baru Cina 2017.