Panduan Menyalurkan WAKAF
Secara tunai terus kepada pengutip dana
1. Serahkan tunai atau cek terus kepada Pengurus Kewangan Wakaf atau Bendahari Surau Al-Umm. Serahan boleh juga dibuat kepada mana-mana AJK Surau Al-Umm atau AJK Pembangunan Surau Al-Umm.
2. Bendahari akan megeluarkan resit rasmi Surau Al-Umm, atau Sijil Wakaf Pembangunan.
3. Sekiranya tuan/puan mahu mendapatkan resit rasmi MAIS untuk mendapat pelepasan cukai, sila isikan Borang B1 semasa menyerahkan wakaf.
Secara terus ke akaun Maybank Surau Al-Umm
1. Masukkan sumbangan anda terus ke akaun Surau Al-Umm di Malayan Banking Berhad nombor 5622 6301 5938.
2. Hantarkan salinan slip bayaran/deposit, berserta nama penuh, nombor telefon dan alamat ke nombor WhatsApp 019-223-2114 atau 019-286-4578, atau e-mail ke surau.al.umm.kajang@gmail.com, untuk membolehkan Bendahari mengeluarkan resit rasmi Surau Al-Umm atau Sijil Wakaf Pembangunan. Proses ini tidak perlu jika tuan/puan tidak mahu dikenali kerana semua deposit ke akaun ini adalah khas untuk Wakaf Pembinaan Surau Al-Umm sahaja.
3. Sekiranya tuan/puan mahu mendapatkan resit rasmi MAIS untuk mendapat pelepasan cukai, sila majukan Borang B1 dan nyatakan semasa menghantar WhatsApp atau e-mail.
Secara terus ke Perbadanan Wakaf Selangor
1. Isi Borang B1 dan tuliskan 'Sumbangan Untuk Akaun Wakaf Surau Al-Umm, HL' di ruang Nama Wakil/Almarhum/ Almarhumah. Bayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter Perbadanan Wakaf Selangor. Borang B1 boleh juga diperolehi di pejabat Perbadanan Wakaf Selangor.
2. Untuk rekod Surau Al-Umm, mohon tuan/puan hantarkan salinan resit rasmi MAIS melalui nombor WhatsApp atau e-mail seperti tertera di atas.
TERIMA KASIH.