top of page

Maklumat Surau Al-Umm

Surau Al-Umm telah diwakafkan dan didirikan pada tahun 1998 oleh seorang ahli kariah, Allahyarham Hj. Khalid@Jantan bin Hj. Mukhsin, yang lebih dikenali dengan nama Hj. Omm, berbanding nama sebenar beliau. Nama Surau Al-Umm telah dipilih berdasarkan kepada gelaran itu, disamping ianya juga merujuk kepada nama kitab Al-Umm karya Imam Syafie. Surau berukuran 30' x 30' yang dibina di atas tanah milik Hj. Omm cukup untuk menampung keperluan pada masa itu. Pengurusan Surau Al-Umm kemudiannya telah membeli 6 lot rumah sewa yang didirikan di atas geran yang sama dengan geran tapak surau dari waris Hj. Omm, dan telah menukar nama pemilikan tanah kepada pemegang amanah yang juga Pengerusi Surau Al-Umm. 

Keadaan bangunan sedia ada Surau Al-Umm.

Dengan pembukaan Putrajaya diawal 1990an, Sg Ramal Dalam telah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan tempat bermastautin. Jalan Teratai dan jalan-jalan lain di sekitar Surau Al-Umm mula dipenuhi dengan perumahan baru dan jemaah yang mengunjungi Surau Al-Umm juga bertambah dengan mendadak.

 

Surau Al-Umm adalah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada 28.01.2008 dengan nombor pendaftaran - JAI.SEL.BPM./01/034/330, dan bernaung di bawah Masjid Al-Falah, Kg Sg Ramal Dalam.

 

Pada tahun 2012, pemilikan tapak Surau Al-Umm telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk dijadikan wakaf secara rasmi.

Logo Surau Al-Umm.

Salinan pendaftaran Surau Al-Umm dengan JAIS.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda ganjarannya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

bottom of page