Cadangan Pembinaan
Bangunan Surau Baru
Surau Al-Umm, Jalan Teratai,
Kajang, Selangor.
Untuk Menampung Bilangan Jemaah Yang Semakin Bertambah.
Sumbangan ikhlas WAKAF tuan/puan amat dialu-alukan.
Sejarah Surau Al-Umm, KAJANG.
Surau Al-Umm, Jalan Teratai, Kg Sg Ramal Dalam, Kajang telah diwakafkan dan didirikan pada tahun 1998 oleh seorang ahli kariah, Allahyarham Hj Khalid@Jantan bin Hj. Mukhsin, yang lebih dikenali dengan nama Hj. Omm berbanding nama sebenar beliau. Nama Surau Al-Umm telah dipilih berdasarkan kepada gelaran itu, disamping ianya juga merujuk kepada nama kitab Al-Umm karya Imam Syafie. Surau berukuran 30' x 30' yang dibina di atas tanah milik Hj. Jantan yang diwakafkan, cukup untuk menampung keperluan kariah pada masa itu. Pada tahun 2007, pengurusan Surau Al-Umm kemudiannya telah membeli 6 lot rumah sewa yang didirikan di atas geran yang sama dengan geran tapak surau dari waris Allahyarham Hj. Jantan, dan AJK surau kemudiannya menukarkan nama pemilikan tanah kepada Pemegang Amanah yang juga Pengerusi Surau Al-Umm pada masa itu.
Dengan pembukaan Putrajaya diawal 1990an, Sg Ramal Dalam telah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan tempat bermastautin. Jalan Teratai dan jalan-jalan lain disekitar Surau Al-Umm mula dipenuhi dengan perumahan baru dan dengan 100% penduduknya beragama Islam, jemaah yang mengunjungi Surau Al-Umm juga bertambah dengan mendadak.
ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE
Petikan Ayat Suci ......
“Hanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.”
Surah At-Taubah, ayat 18.